Imej umum Rahim_Maarof

Ketika zaman kegemilangannya pada era 80an dan awal 90an, Rahim sangat terkenal dengan wajah kacaknya seperti Fattah Amin serta imej "budak nakal". Rahim pernah menggemparkan dunia hiburan dengan aksi buka zip seluar ketika membuat persembahan bersama kumpulan Whitesteel.[3] Tetapi Rahim akan terus dikenang sebagai penyanyi yang lantang mempersoalkan isu ketelusan kontrak rakaman album apabila beliau pernah menamatkan kontrak dengan syarikat rakaman BMG (kini Sony BMG) dengan simbolik enam buah tabung berisi syiling emas RM1 berjumlah RM15,000.

Selain itu beliau juga pernah menjalinkan hubungan berprofil tinggi dengan penyanyi nombor satu era tersebut, Ramlah Ram serta penyanyi Ramziela. Beliau tidak berkahwin sehingga mencecah usia 40 tahun sekaligus disifatkan sebagai "playboy" ekoran kisah cintanya dengan ramai jelitawan.[perlu rujukan] Rahim pernah dikatakan pernah berkahwin ketika berusia awal 30an tetapi beliau menafikan. Kini Rahim bahagia bersama isteri yang tidak pernah ditonjolkan di media, dikahwininya secara rahsia pada 1992. Mereka bersama-sama mengusahakan agensi pengiklanan "Famous Artist" dan dikurniakan sepasang cahaya mata.